HP Pavilion serlah kuasa mobiliti pengkomputeran
OLEH NAZRUL AZIM SHARUDDIN
BAGI memenuhi keperluan mobiliti pengkomputeran tanpa sempadan, peneraju industri komputer terkenal, Hewlett Packard (M) Sdn. Bhd. (HP) memperkenalkan enam siri komputer ribanya yang terbaru.
HP Pavilion dv4, dv5 dan dv7 merupakan komputer riba yang berkonsepkan hiburan dengan menampilkan beberapa ciri terkini bagi memberi kepuasan kepada pengguna.
Selain menampilkan kelainan dengan permukaannya diperbuat daripada logam, HP Pavilion ini juga didatangkan dengan reka bentuk yang unik dan sangat menarik.
Ia turut dilengkapi dengan paparan butang media yang dikenali sebagai kawalan “Magical Chrome” untuk memudahkan pengguna mengakses kepada aplikasi muzik, video dan foto.
Menurut Pengurus Besar Negara bagi Kumpulan Sistem Peribadi, Danny Lee, HP sentiasa mencari inisiatif terbaik untuk penggunanya supaya komunikasi dapat diteruskan walau di mana mereka berada.
‘‘Dengan penghasilan komputer riba baru ini, kami ingin pengguna merasai pengalaman mobiliti pengkomputeran yang berbeza melalui gabungan rekaan yang menarik dan ciri hiburan yang padat,’’ katanya pada pelancaran produk tersebut di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Antara kelebihan lain pada ketiga-tiga siri ini adalah ia dilengkapi dengan alat kawalan jauh televisyen, stesen multimedia, pembesar suara unik dan tambahan kapasiti bateri.
Selain itu, ia turut dilengkapi dengan paparan layar lebar infiniti dengan kecerahan menarik selain menampilkan material papan kekunci dan pad sentuh yang elegan.
Apa yang menarik, kesemua siri ini didatangkan dengan perlindungan cakera keras HP ProtectSmart yang secara automatik akan menghentikan cakera keras daripada berpusing apabila ia mengesan sebarang kejutan atau gerakan dan sekali gus menghalang kehilangan data.
Ia juga menawarkan pengguna dengan pilihan peranti mikro canggih terkini (AMD), pemproses Intel dan antara muka eSATA berkelajuan tinggi untuk sokongan pemacu storan.
Bagi HP Pavilion dv4, ia dilengkapkan dengan paparan skrin diagonal 14.1 inci, aplikasi hiburan seperti penala televisyen, perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar selain lebih ringan dan menjimatkan kuasa.
Untuk HP Pavilion dv5 pula, ia didatangkan dengan paparan skrin diagonal 15.4 inci dan dilengkapi aplikasi grafik NVIDIA dan optik Blu-ray.
Berbeza dengan siri HP Pavilion dv7, ia menawarkan paparan skrin diagonal yang lebih besar iaitu 17 inci dengan hiburan beresolusi tinggi untuk muzik, video dan juga foto.
SaluranSiri ini juga mempunyai ciri-ciri seperti pilihan saluran audio premium, subwoofer, pemacu Blu-ray optik dan aplikasi grafik ATI serta NVIDIA.
Selain tiga siri tersebut, HP turut memperkenalkan tiga lagi siri dalam barisan produk PC komputer riba Compaq Presario iaitu CQ20, CQ40 dan CQ45.
Selain reka bentuk yang menarik, kesemua model ini didatangkan dalam pelbagai saiz dan konfigurasi yang berbeza.
Danny berkata, untuk CQ20, ia dibangunkan oleh HP di Asia bagi produk Asia (DIAFA) serta pasaran Asia Pasifik.
Siri CQ45 pula merupakan sistem berkuasa yang memberi perhatian terhadap reka bentuk dan prestasi serta menawarkan teknologi grafik yang memberi pengalaman multimedia menarik.
CQ40 juga merupakan komputer riba yang menarik dan mampu dimiliki serta digunakan untuk kemudahan teknologi tanpa wayar dan mudah alih.
Untuk siri HP Pavilion dv4, harga yang ditawarkan adalah RM3,999, dv5 RM5,999 dan dv7 RM6,999.
Bagi siri Compaq Presario CQ20 pula, harganya adalah RM2,709, CQ45 RM2,2809 dan CQ 40 RM2,509.
Maklumat serta spesifikasi lengkap produk boleh didapati di laman web www.hp.com.
== Leave Ur Hot Links 4 Me ==
teknologi komputer
Posted by
starzrol
, Wednesday, September 24, 2008 at 4:54 PM, in
Labels:
TekNoloGi
PanTun JeNaKa
Posted by
starzrol
, Thursday, September 18, 2008 at 1:04 PM, in
Lebuhraya kota bersegi
Tempat temasya dara teruna
Hodohnya ketawa orang tak bergigi
Ibarat kota tiada kubunya
Api terang banyak kelkatu
Masuk ke kamar bersesak-sesak
Alangkah geli rasa hatiku
Melihat nenek bergincu berbedak
Ditiup angin bunga semalu
Kuncup daun bila berlaga
Bercakap Melayu kononnya malu
Belacan setongkol dibedal juga
Orang Rengat menanam betik
Betik disiram air berlinang
Hilang semangat penghulu itik
Melihat ayam lumba berenang
Tanam jerangau di bukit tinggi
Mati dipijak anak badak
Melihat sang bangau sakit gigi
Gelak terbahak penghulu katak
Singapura dilanggar todak
Kapal karam di Tanjung Peringin
Orang tua beristerikan budak
Macam beruk mendapat cermin
Bapa gergasi menebar jala
Pegang tali melintuk-liuk
Masakan pengerusi tak garu kepala
Melihat ahli semua mengantuk
Gemuruh tabuh bukan kepalang
Diasah lembing berkilat-kilat
Gementar tubuh harimau belang
Nampak kambing pandai bersilat
Buah salak di rumah Tok Imam
Sirih sekapur pergi menjala
Anjing menyalak harimau demam
Kucing di dapur pening kepala
Anak cina menggali cacing
Mari diisi dalam tempurung
Penjual sendiri tak kenal dacing
Alamat dagangan habis diborong
Biduk buluh bermuat tulang
Anak Siam pulang berbaris
Duduk mengeluh panglima helang
Melihat ayam bercengkang keris
Buah jering dari Jawa
Naik sigai ke atas atap
Ikan kering lagi ketawa
Dengar tupai baca kitab
Pohon manggis di tepi rawa
Tempat datuk tidur beradu
Sedang menangis nenek tertawa
Melihat datuk bermain gundu
Ceduk air di dalam perigi
Timbanya bertangkaikan suasa
Jikalau kucing tak bergigi
Alamat tikus berjoget berdansa
Anak dara Datuk Tinggi
Buat gulai ikan tilan
Datuk tua tak ada gigi
Bila makan kunyah telan
Berderak-derak sangkutan dacing
Bagaikan putus diimpit lumpang
Bergerak-gerak kumis kucing
Melihat tikus bawa senapang
Anak bakau di rumpun salak
Patah taruknya ditimpa genta
Riuh kerbau tergelak-gelak
Melihat beruk berkaca mata
Petanda Akhir Zaman
Posted by
starzrol
, Tuesday, September 2, 2008 at 1:53 PM, in
Kes-kes murtad memang telah bermaharajalela di Malaysia. kita cuma tidak tahu, secara tidak rasmi misalnya. Kita sebagai khalifah di muka bumi ini seharusnya tahu bahawa perkara-perkara yang berlaku ini merupakan satu 'pertolongan' kepada kita untuk kita mengetahui bahawa akhir zaman sedang menjelang. Semuanya telah termaktub dalam Al-Quran dan Al-Hadis tetapi adakah orang yang menyelidikinya?'telah kami permudahkan Al-Quran itu untuk peringatan dan pengajaran tetapi adakah orang yang ingin mengambil pengajaran daripadanya?'Nabi SAW telah bagi 'briefing' kepada para sahabat tentang petanda-petanda akan munculnya akhir zaman, kita cuma perlu mengetahuinya dan menjaga akidah kita supaya jangan terpesong. Makisat telah berlaku secara berleluasa. Darjah putaran bumi semakin berubah. Matahari tidak lama lagi akan terbit dari barat!'telah aku tinggalkan kamu dua perkara yang mana sekiranya kamu berpegang kepada kedua-duanya nescaya kamua tidak akan sesat selamanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah'Al-Quran akan terpelihara sehingga hari kiamat. Pelajarilah Al-Quran dan dalaminya. semoga Allah akan membuka pintu hati kita semua Insya Allah. Bartaubatlah segera kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka dan Allah itu maha Pengampun. Wassalam...
Subscribe to:
Posts (Atom)