UlTiMaTe PeRsoN
this site the web

== Leave Ur Hot Links 4 Me ==

teknologi komputer

HP Pavilion serlah kuasa mobiliti pengkomputeran
OLEH NAZRUL AZIM SHARUDDIN

BAGI memenuhi keperluan mobiliti pengkomputeran tanpa sempadan, peneraju industri komputer terkenal, Hewlett Packard (M) Sdn. Bhd. (HP) memperkenalkan enam siri komputer ribanya yang terbaru.
HP Pavilion dv4, dv5 dan dv7 merupakan komputer riba yang berkonsepkan hiburan dengan menampilkan beberapa ciri terkini bagi memberi kepuasan kepada pengguna.
Selain menampilkan kelainan dengan permukaannya diperbuat daripada logam, HP Pavilion ini juga didatangkan dengan reka bentuk yang unik dan sangat menarik.
Ia turut dilengkapi dengan paparan butang media yang dikenali sebagai kawalan “Magical Chrome” untuk memudahkan pengguna mengakses kepada aplikasi muzik, video dan foto.
Menurut Pengurus Besar Negara bagi Kumpulan Sistem Peribadi, Danny Lee, HP sentiasa mencari inisiatif terbaik untuk penggunanya supaya komunikasi dapat diteruskan walau di mana mereka berada.
‘‘Dengan penghasilan komputer riba baru ini, kami ingin pengguna merasai pengalaman mobiliti pengkomputeran yang berbeza melalui gabungan rekaan yang menarik dan ciri hiburan yang padat,’’ katanya pada pelancaran produk tersebut di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Antara kelebihan lain pada ketiga-tiga siri ini adalah ia dilengkapi dengan alat kawalan jauh televisyen, stesen multimedia, pembesar suara unik dan tambahan kapasiti bateri.
Selain itu, ia turut dilengkapi dengan paparan layar lebar infiniti dengan kecerahan menarik selain menampilkan material papan kekunci dan pad sentuh yang elegan.
Apa yang menarik, kesemua siri ini didatangkan dengan perlindungan cakera keras HP ProtectSmart yang secara automatik akan menghentikan cakera keras daripada berpusing apabila ia mengesan sebarang kejutan atau gerakan dan sekali gus menghalang kehilangan data.
Ia juga menawarkan pengguna dengan pilihan peranti mikro canggih terkini (AMD), pemproses Intel dan antara muka eSATA berkelajuan tinggi untuk sokongan pemacu storan.
Bagi HP Pavilion dv4, ia dilengkapkan dengan paparan skrin diagonal 14.1 inci, aplikasi hiburan seperti penala televisyen, perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar selain lebih ringan dan menjimatkan kuasa.
Untuk HP Pavilion dv5 pula, ia didatangkan dengan paparan skrin diagonal 15.4 inci dan dilengkapi aplikasi grafik NVIDIA dan optik Blu-ray.
Berbeza dengan siri HP Pavilion dv7, ia menawarkan paparan skrin diagonal yang lebih besar iaitu 17 inci dengan hiburan beresolusi tinggi untuk muzik, video dan juga foto.
SaluranSiri ini juga mempunyai ciri-ciri seperti pilihan saluran audio premium, subwoofer, pemacu Blu-ray optik dan aplikasi grafik ATI serta NVIDIA.
Selain tiga siri tersebut, HP turut memperkenalkan tiga lagi siri dalam barisan produk PC komputer riba Compaq Presario iaitu CQ20, CQ40 dan CQ45.
Selain reka bentuk yang menarik, kesemua model ini didatangkan dalam pelbagai saiz dan konfigurasi yang berbeza.
Danny berkata, untuk CQ20, ia dibangunkan oleh HP di Asia bagi produk Asia (DIAFA) serta pasaran Asia Pasifik.
Siri CQ45 pula merupakan sistem berkuasa yang memberi perhatian terhadap reka bentuk dan prestasi serta menawarkan teknologi grafik yang memberi pengalaman multimedia menarik.
CQ40 juga merupakan komputer riba yang menarik dan mampu dimiliki serta digunakan untuk kemudahan teknologi tanpa wayar dan mudah alih.
Untuk siri HP Pavilion dv4, harga yang ditawarkan adalah RM3,999, dv5 RM5,999 dan dv7 RM6,999.
Bagi siri Compaq Presario CQ20 pula, harganya adalah RM2,709, CQ45 RM2,2809 dan CQ 40 RM2,509.
Maklumat serta spesifikasi lengkap produk boleh didapati di laman web www.hp.com.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...