UlTiMaTe PeRsoN
this site the web

Recent Photos

image
image
image

== Leave Ur Hot Links 4 Me ==

Showing posts with label Assignment HCI. Show all posts
Showing posts with label Assignment HCI. Show all posts

Universiti Utara Malaysia


This is the web site for UUM.For further information,go to this Url web site(www.uum.edu.my)..


Pada pandangan secara keseluruhan,laman web ini tidak berapa menarik
dan terlalu simple.Ini kerana banyak perkara-perkara penting yang dapat
menjadikan sesebuah laman web itu menjadi menarik dan mendapat perhatian
daripada pengguna tidak diterap dan ditonjolkan dalam pembangunan laman
web ini.Antaranya ialah laman web ini tidak memasukkan unsur penggunaan
grafik didalamnya menjadikan laman web ini nampak terlalu beku dan statik.
Selain itu,penggunaan warna juga tidak dapat memainkan peranan dalam
menjadikan laman web ini nampak lebih menonjol kerana unsur warna yang
digunakan dalam laman web ini adalah kebanyakannya warna putih termasuklah
warna background dan sedikit gabungan warna antara warna merah,biru,hitam
dan kuning.Selain itu,kandungan maklumat yang terdapat dalam laman web
ini juga nampak agak sedikit berbanding dengan maklumat dalam laman
web ipt lain.Walaupun begitu,susunatur kedudukan kandungan maklumat
tersebut agak baik kerana capaian-capaian yang berkaitan dengan universiti
ini diletakkan disebelah kanan manakala bahagian tengah pula diletakkan
dengan maklumat mengenai berita,event dan hebahan yang berkenaan dengan
universiti ini.

Universiti Teknologi Malaysia


This is the web site for UTM.For further information,go to this Url web site(www.utm.edu.my)..


Laman web UTM ini boleh dikatakan sebagai sebuah laman web yang simple
tetapi tetap padat.Walaupun ada sesetengah perkara yang masih boleh
diperbaiki atau ditambah bagi menjadikan ia sebagai sebuah laman web
yang menarik pada pandangan mata pengunjung yang melayari web site ini,
namun laman web ini tetap memiliki kelebihannya yang tersendiri bagi
terus menarik bilangan pengguna untuk melayari web site ini.Antara
kelebihannya ialah laman web ini tetap menerapkan konsep usability
dalam pembangunan web site ini dengan cara menyusun kedudukan kandungan
maklumat yang ada dalam laman web ini dalam bentuk secara grouping dan
juga meletakkan semua maklumat-maklumat yang ada pada kedudukan yang
bersesuaian.Dengan cara ini,ia sekaligus dapat memudahkan kepada pengguna
untuk melayari web site ini disamping berasa selesa semasa
menggunakannya.Sepertimana web site ipt lain yang baik,web site ini juga
turut menyediakan alamat lengkap universiti dan juga alamat email web admin
laman web ini untuk kemudahan kepada pengguna untuk menghubungi sekiranya
ada sebarang masalah dan sebagainya.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


This is the web site for UTHM.For further information,go to this Url web site(www.uthm.edu.my)..


Secara keseluruhan,laman web UTHM ini agak bagus dan menarik.Dalam
pembangunan laman web ini,banyak cici-ciri yang berkaitan dengan
keperluan yang perlu ada dalam menjadikan sesebuah laman web itu
sebagai laman web yang menarik diaplikasikan dalam web site ini.
Antaranya ialah dari segi representation,laman web ini menggunakan banner
yang memaparkan gambar-gambar yang berkenaan dengan universiti ini.
Untuk penggunaan tulisan text pula,saiz tulisan text adalah dalam bentuk
biasa dan warna yang digunakan untuk tulisan text itu pula adalah antara
campuran warna hitam dan merah tua.Penggunaan warna tersebut sememangnya
tidak menjadi masalah kerana ianya bersesuaian dengan tema warna bagi
background laman web ini iaitu warna kelabu dan putih.

Dari sudut kedudukan dan susunatur kandungan maklumat dalam web site ini
pula,ia memang bertepatan kerana bagi tulisan capaian yang mengandungi
maklumat penting,ia diletakkan disebelah atas.Dibahagian tengah pula
diletakkan maklumat mengenai berita dan event yang berlaku di universiti
ini manakala bahagian kiri pula diletakkan capaian-capaian lain untuk
pengetahuan kepada pengunjung web site ini.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka


This is the web site for UTeM.For further information,go to this Url web site(www.utem.edu.my)..


Laman web UTEM ini boleh dikatakan sebagai sebuah laman web yang agak
simple tetapi padat.Ini kerana halaman utama laman web ini dipaparkan
dalam lingkungan skop yang kecil,maksudnya web site ini tidak memerlukan
pengguna untuk menggunakan scroll bars untuk melihat kandungan yang
lain dalam laman web ini.Selain itu,seperti kebanyakan laman web ipt
yang lain,laman web ini juga menggunakan konsep yang sama dalam
menyusun isi kandungan maklumat yang terdapat didalamnya iaitu dengan
cara membahagikan kandungan maklumat tersebut mengikut kumpulan
tertentu.

Disamping itu juga,laman web ini turut menerapkan sedikit penggunaan
elemen flash atau grafik untuk memberi kelainan kepada pengguna dan
menjadikan web site ini sedikit menarik pada pandangan pengunjung
web site ini.Dalam web site ini juga,alamat lengkap universiti berserta
dengan nombor telefon dan alamat email web admin laman web ini turut
disediakan dibahagian bawah bagi kemudahan kepada pengguna.

Universiti Sains Malaysia


This is the web site for USM.For further information,go to this Url web site(www.usm.edu.my)..


Secara keseluruhan,laman web USM ini dapat dinilai sebagai agak baik.
Laman web ini boleh dikatakan mempunyai kelebihannya yang tersendiri
juga turut mempunyai kelemahan atau perkara yang dapat diperbaiki lagi
bagi memjadikan ia laman web yang lebih baik.Antara kelebihan atau ciri-
ciri yang bagus yang terdapat dalam laman web ini ialah dari segi
penggunaan tulisan text,laman web ini menggunakan saiz font tulisan text
yang standard seperti laman web ipt yang lain juga.Warna yang digunakan
untuk tulisan text dalam laman web itu pula ialah kebanyakannya ialah
warna hitam dan sedikit warna ungu,bersesuaian dengan tema warna background
web site ini iaitu warna putih.Selain itu,laman web ini juga turut
menggunakan kaedah menyusun kandungan maklumat yang ada kedalam bentuk
kumpulan untuk memudahkan pengguna.Kedudukan maklumat juga diletakkan
pada position yang bersesuain yang mana untuk maklumat penting berkaitan
universiti diletakkan dibahagian tepi manakala dibahagian tengah
diletakkan maklumat mengenai kandungan berita dan event yang berlaku
diuniversiti ini.

Namun begitu,laman web ini masih banyak perkara yang dapat perbaiki
atau ditambah contohnya seperti maklumat mengenai alamat lengkap
universiti ini berserta dengan nombor telefon dan juga alamat email
web admin web site ini perlu disediakan bagi kemudahan dan rujukan
kepada pengguna atau pelayar web site ini.


Universiti Sains Islam Malaysia


This is the web site for USIM.For further information,go to this Url web site(www.usim.edu.my)..


Laman web USIM ini apabila dilihat secara keseluruhannya boleh dikatakan
sebagai agak bagus dan menarik,kerana banyak perkara dan dari sudut
yang dipertimbangkan sememangnya menepati dengan kehendak dan keperluan
yang patut ada pada sesebuah laman web yang baik.Antara ialah:

Pertama,dari segi penggunaan tulisan text.Dalam halaman web site ini,
tulisan text yang digunakan adalah dalam bentuk saiz font yang standard
dan bersesuaian.Ini membolehkan pengunjung laman web ini dapat membaca
tulisan kandungan maklumat yang ada dalam web site ini dengan baik.
Kedua,dari segi kedudukan atau position.Kedudukan maklumat yang ada dalam
laman web ini sememangnya di susun dengan baik,contohnya tulisan untuk
capaian maklumat penting yang berkaitan dengan universiti ini diletakkan
pada bahagian atas,berita,hebahan atau makluman yang berkaitan diletakkan
disebelah bawah manakala dibahagian tengah diletakkan capaian untuk
maklumat aplikasi permohonan yang berkaitan dengan universiti ini dan
juga event yang akan berlaku.

Dan yang ketiga,laman web ini turut menyediakan maklumat mengenai
alamat lengkap dan nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya pengguna
mempunyai sebarang masalah atau untuk dijadikan sebagai rujukan kepada
pelayar web site ini.

Universiti Pendidikan Sultan Idris


This is the web site for UPSI.For further information,go to this Url web site(www.upsi.edu.my)..


Untuk laman web UPSI ini pula,ia juga boleh dikata sebagai simple dan
dalam lingkungan standard saja secara keseluruhannya.Ini kerana masih
banyak perkara yang boleh diperbaiki atau ditambah dalam pembangunan
laman web ini supaya dapat menjadikan ianya sebuah laman web yang bagus
dan menarik.Antara contoh perkara yang boleh dipertimbangkan untuk
diperbaiki ialah dari sudut penggunaan ruang pada halaman web site ini.
Ini kerana laman web ini tidak menggunakan sepenuh ruang yang terdapat
pada halaman tersebut menyebabkan ada ruang kosong yang tidak digunakan
disebelah kanan dan kiri halaman web site ini.

Selain itu,web site ini juga tidak menggunakan konsep affordances untuk
diaplikasikan contohnya seperti pada halaman web site ini,penggunaan
scroll bars tidak digunakan.Namun begitu,ciri-ciri lain yang perlu
dipertimbangkan dalam pembangunan sesebuah laman web seperti konsep
usability,pengaplikasian prinsip Gestalt Laws tetap dimasukkan iaitu
dengan cara menyusun kandungan maklumat yang berkaitan dengan universiti
ini kedalam bentuk kumpulan sememangnya berguna dan dapat memudahkan
pengguna untuk melayari web site ini.


Universiti Pertahanan Negara Malaysia


This is the web site for UPNM.For further information,go to this Url web site(http://www.upnm.edu.my/)..


Secara keseluruhan,laman web UPNM ini agak bagus dan baik.Walaupun
laman web ini tidak menonjolkan elemen-elemen tertentu seperti penggunaan
visual grafik ataupun flash untuk menjadikan ianya nampak lebih menarik,
namun laman web ini tetap menerapkan konsep tertentu yang bagus dalam
pembinaan web site ini.Antaranya ialah dari sudut kedudukan atau position
kandungan maklumat yang terdapat dalam web site ini,semua menu ataupun
capaian tulisan yang mengandungi makluamat berkaitan dengan universiti
ini diletakkan sebaris dibahagian sebelah kiri.Ini memudahkan pengguna
untuk mencari maklumat yang berkaitan.

Selain dari sudut kedudukan maklumat,konsep penggunaan kaedah grouping
keatas isi kandungan maklumat yang terdapat dalam web site ini juga
digunakan.Kaedah seperti ini sememangnya bersesuaian dengan prinsip
Gestalt Law mengikut teori contructivist iaitu yang menekankan supaya
maklumat-maklumat yang ada dapat dibahagikan mengikut kumpulan yang
bersesuaian bagi mengelakkan pengguna berasa sukar untuk mencari
kandungan maklumat yang diperlukan.

Universiti Putra Malaysia


This is the web site for UPM.For further information,go to this Url web site(http://www.upm.edu.my/)..


Untuk laman web UPM ini pula,melalui pandangan secara overall,boleh
dikatakan laman web ini agak simple saja.Dalam laman web ini,aplikasi
ciri-ciri atau konsep yang berkaitan dengan pembinaan sebuah laman web
yang baik tidak terlalu ditekankan.Ini kerana dalam laman web ini,
penggunaan grafik ataupun flash tidak diterapkan menyebabkan web site
ini tidak dapat menarik perhatian lebih daripada pengguna.

Selain itu,laman web ini juga tidak menggunakan sepenuhnya ruang yang
terdapat pada halaman web site itu.Ini menampakkan ruang kosong yang
tidak digunapakai terhasil disebelah kanan dan kiri halaman utama web
site ini.Disamping itu juga,link-link tulisan yang mengandungi maklumat
-maklumat penting mengenai universiti ini ditulis dalam bentuk saiz font
yang kecil dan ia mungkin menyukarkan pandangan pengguna untuk melihat
tulisan tersebut.

Universiti Malaysia Sarawak

This is the web site for UNIMAS.For further information,go to this Url web site(www.unimas.my)..


Paparan keseluruhan bagi laman web Unimas ini pula dapat dikatakan
sebagai simple agak biasa.Dalam laman web ini,ciri-ciri yang baik yang
sepatutnya ada dalam sesebuah laman web tidak banyak yang dimasuk dan
diterapkan dalam pembangunan web ini.Contohnya dalam web site ini,penggunaan
grafik tidak dimasukkan langsung.Ini menjadikan laman web ini nampak terlalu
kaku pada pandangan pengguna.Disamping itu juga,penggunaan warna yang baik
juga tidak memainkan peranan dalam paparan web site ini kerana untuk
layout background,warna putih yang digunakan secara sepenuhnya.Begitu
juga dengan penggunaan warna untuk tulisan text.Warna yang digunakan
adalah hanya antara gabungan warna hitam dan biru tua.

Walaupun begitu,dari segi kedudukan dan susun atur kandungan maklumat
dalam web site ini,ia boleh dikatakan agak sesuai.Maklumat penting yang
berkaitan universiti ini diletakkan di sebelah kiri bahagian atas,
dibahagian tengah pula diletakkan maklumat mengenai makluman atau
berita terkini yang berlaku di ipt ini manakala disebelah kanan pula
diletakkan sedikit highlight mengenai research yang dibuat oleh
universiti ini.

Universiti Malaysia Perlis


This is the web site for UNIMAP.FOr further information,go to this Url web site(www.kukum.edu.my)

Bagi laman web ini pula,ia juga boleh dikatakan agak menarik secara
keseluruhannya.Ini kerana laman web ini turut memasukkan konsep-konsep
penting dan berguna dalam pembinaan sesebuah laman web kedalam
pembangunan web site ini.Penggunaan tulisan text dalam web site ini
adalah dalam bentuk yang standard dan sesuai.Dari segi layout background
pula,laman web ini menggunakan warna putih sebagai warna utama dan
sedikit warna biru tua untuk background disebelah kiri.Penggunaan warna
untuk tulisan pula adalah antara gabungan warna hitam,biru dan putih
dan digunakan bersesuaian dengan warna background yang diguna pakai
bagi mengelakkan timbulnya masalah kepada pengguna web site ini untuk
membaca tulisan kandungan maklumat yang ada.

Kedudukan kandungan maklumat dalam web site ini juga baik kerana untuk
kandungan maklumat yang penting untuk kegunaan pengunjung,ia diletakkan
dibahagian tengah halaman web ini mengikut kategori masing-masing.Untuk
maklumat mengenai berita dan juga perkhidmatan yang berkaitan dengan
universiti ini pula diletakkan disebelah kanan halaman web site ini.
Maklumat mengenai alamat universiti ini dan juga alamat web admin
laamn web ini turut diletakkan dibahagian bawah untuk kegunaan kepada
pengunjung web site ini.

Universiti Malaysia Terengganu

This is the web site for UMT.FOr further information,go to this Url web site(www.umt.edu.my)

Untuk laman web UMT ini pula,secara umumnya ia bloeh dikatakan sebagai
sebuah laman web yang agak menarik walaupun secara luarannya ia nampak
disusun dalam bentuk yang simple tetapi tetap padat.Laman web ini dapat
dikatakan sebagai sebuah website yang menarik kerana dalam pembangunan
website ini,ia tetap menerapkan konsep-konsep tertentu yang dapat
dijadikan sebagai kayu ukur dalam membina sebuah laman web yang baik.

Antaranya ialah dalam laman web ini,kedudukan atau susun atur kandungan
maklumat yang berkaitan dengan laman web ini telah dibahagikan kepada
beberapa bahagian contohnya link-link yang melibatkan maklumat yang
agak penting diletakkan dibawah bahagian quick links,berita-berita
ataupun makluman terbaru untuk pengetahuan pelajar dan staf diletakkan
pada bahagian news manakala maklumat yang berkaitan dengan perkara-
perkara yang berlaku di universiti ini diletakkan pada bahagian event.
Dengan ini,ia dapat menyenangkan pengguna untuk mencari maklumat
yang dikehendaki.

Selain itu,laman web ini juga menerapkan penggunaan visual grafik dalam
pembinaannya bagi menjadikan ia sebuah laman web yang menarik.Penggunaan
grafik ini dapat dilihat dalam website ini melalui service virtual
campus tour yang disediakan kepada pengguna untuk melayari kawasan
kampus seperti melawat dewan utama kampus secara realiti.Dengan adanya
konsep seperti ini,ia dapat menarik lagi minat dan perhatian daripada
pengguna untuk lebih kerap melayari website ini.

Universiti Malaysia Sabah


This is the web site for UMS.FOr further information,go to this Url web site(www.ums.edu.my)


Secara keseluruhan,penampilan laman web ini agak simple dan biasa.Namun,
pembangunan laman web ini juga turut menerapkan ciri-ciri yang berkait
dengan hubungan komunikasi antara manusia dan komputer seperti mana
laman web ipt yang lain juga.Dari segi penggunaan text tulisan,saiz
tulisan yang digunakan adalah dalam bentuk yang standard.Dari segi
usability pula,laman web ini sememangnya usable kepada pelayar web site
ini kerana ia senang untuk dipelajari dan digunakan.Disamping itu juga,
untuk kemudahan pengunjung,web site turut menyediakan kemudahan paparan
isi kandungannya dalam bentuk dwi-bahasa iaitu bahasa malaysia dan juga
bahasa english.Jadi,pengguna boleh membuat pilihan mengikut kehendak
masing-masing sama ada hendak menggunakan paparan dalam bentuk bahasa
malaysia atau sebaliknya.

Selain itu,laman web ini juga baik dari segi kedudukan button atau
maklumat yang ada didalamnya kerana button atau tulisan yang mengandungi
maklumat-maklumat penting diletakkan dibahagian atas halaman web site
tersebut sekaligus menjadikan ia sebagai fokus utama pandangan pengguna
apabila melayari web site ini.Begitu juga dengan maklumat-maklumat lain
yang berkaitan dengan universiti ini termasuklah maklumat mengenai
event atau berita penting terkini yang berlaku di ipt itu berada pada
kedudukan yang sesuai iaitu di bahagian sebelah kanan halaman web site
ini.

Namun begitu,dari segi background dan penggunaan warna pula,laman web
ini masih perlu diperbaiki supaya ianya dapat menarik perhatian lagi
pengguna web site ini kerana warna background yang digunakan adalah
warna putih dan seterusnya digabungkan dengan warna biru muda yang agak
kabur pada sudut pandangan pengguna.

Universiti Malaysia Pahang

This is the web site for UMP.FOr further information,go to this Url web site(www.ump.edu.my)


Pada pandangan secara kerseluruhan,laman web UMP ini agak menarik dan
bagus.Ini kerana banyak ciri-ciri yang berkaitan dengan cara pembinaan
laman web yang bagus diterap dan dimasukkan dalam pembangunan web site
ini.Apabila pembangunan sesebuah laman web itu mengandungi ciri-ciri
yang baik,hubungan komunukasi antara manusia dan komputer dapat
diaplikasikan dengan lebih berkesan.

Web site ini boleh dikatakan agak menarik kerana dari sudut representation
kandungan laman web ini,penggunaan banner yang berlatarbelakangkan
gambar-gambar student dan gambar universiti telah dimasukkan.Ia sedikit
sebanyak boleh menarik perhatian pengguna.Selain itu,web ini juga turut
menggunakan saiz tulisan text yang sesuai selain penggunaan gabungan
warna antara warna biru dan juga hitam bagi tulisan text.Dari sudut kedudukan
isi kandungan dalam web site ini pula,position-position kandungan
maklumat diletakkan di kedudukan yang sesuai bertepatan dengan priority
maklumat itu masing-masing.

Dalam laman web ini juga,dibahagian bawah halaman utama web site ini turut
disertakan dengan alamat lengkap universiti ini berserta dengan alamat
email pembangun web site ini untuk rujukan dan juga kemudahan kepada
pengguna sekiranya mempunyai apa-apa masalah atau sebarang perkara yang
berkaitan dengan universiti ini.

Universiti Malaysia Kelantan

This is the web site for UMK.FOr further information,go to this Url web site(www.umk.edu.my)


Untuk laman web ini,secara pandangan keseluruhan,laman web ini boleh
dikatakan agak standard.Namun begitu,ciri-ciri atau konsep yang bagus
yang berkaitan dengan pembinaan sebuah laman web yang menarik tetap
diterapkan dalam pembangunan web site ini.Antaranya,dalam web site ini,
konsep kobolehgunaan(usability) tetap ditonjolkan.Ini bermaksud,laman
web ini sememangnya usable kepada pengguna kerana ianya mudah untuk
digunakan,senang untuk difahami dan juga memberi keselesaan kepada
pengguna untuk menggunakan web site ini.

Selain itu juga,web site ini juga bagus kerana ia memenuhi prinsip
Gestalt Laws mengikut teori contructivist iaitu maklumat-maklumat
dalam laman web ini dibahagikan dalam bentuk kumpulan (grouping) untuk
memudahkan pengguna.Walaupun begitu,dari sudut persembahan
(representation),masih banyak yang boleh diperbaiki.Antaranya dari segi
penggunaan saiz text berkaitan tulisan mengenai maklumat fakulti,tempat
kediaman pelajar dan lain-lain yang berada dalam kumpulan maklumat
tersebut.Saiz tulisan text yang digunakan adalah dalam saiz yang
kecil dan tidak sesuai digunakan kerana ia mungkin menyebabkan pengguna
sukar untuk melihat tulisan mengenai maklumat tersebut.

Dari sudut kedudukan atau susun atur kandungan maklumat dalam web site
ini pula,ia juga tidak berapa sesuai kerana maklumat mengenai berita-
berita terkini atau event yang berlaku berada di bahagian bawah.
Sepatutnya ia boleh diletakkan di bahagian sebelah kiri atau pun kanan
web site tersebut.Maklumat mengenai alamat web admin pula yang
sepatututnya berada di bahagian bawah sekali pula di letakkan di
sebelah kiri halaman web site ini.

Universiti Malaya


This is the web site for UM.FOr further information,go to this Url web site(www.um.edu.my)


Pada sudut pandangan umum iaitu secara keseluruhan,laman web UM ini
dilihat sebagai sebuah laman web yang agak simple tetapi padat dan
bagus dari segi kandungan dalam web sitenya.Dalam laman web ini,ciri-
ciri dan konsep-konsep yang berkaitan dengan pembinaan atau pembangunan
sebuah laman web yang baik tetap ditonjolkan.Antaranya ialah dari segi
persembahan ataupun representation iaitu yang merangkumi pelbagai aspek
seperti penggunaan text,interposition,kecerahan,pengunaan grafik dan
lain-lain lagi.Jadi,dalam web site ini,penggunaan saiz text adalah
sesuai iaitu dengan menggunakan saiz text yang besar untuk tulisan
maklumat yang lebih penting dan saiz text yang lebih kecil untuk
tulisan maklumat yang kurang penting.

Selain itu juga,kedudukan atau interposition untuk button dan isi
kandungan yang lain juga diletak dan di susun dengan agak baik.
Contohnya tulisan link yang penting seperti tulisan home,postgraduates
dan lain-lain diletakkan dibahagian atas sepadan dengan fokus
pandangan pengguna,kandungan event yang terbaru pula diletakkan
disebelah kiri,manakala lain-lain info maklumat dan link diletakkan
di bahagian bawah.

Laman web ini juga turut menyediakan alamat lengkap universiti ini dan
nombor talian universiti serta dengan nombor fax.Alamat email pembangun
web site ini juga turut dinyatakan bagi memudahkan pengguna memberi
maklum balas atau untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan
universiti ini.

Universiti Kebangsaan Malaysia


This is the web site for UKM.FOr further information,go to this Url web site(http://www.ukm.edu.my/)


Paparan laman web UKM ini pada keseluruhannya dilihat sebagai simple
tetapi tetap padat,kemas dan agak menarik.Penggunaan konsep-konsep
hubungan interaksi antara manusia dan komputer turut dapat dilihat
dalam pembangunan laman web ini.

Antara aplikasi yang diterapkan dalam laman web ini ialah dari sudut
persembahan paparan kandungan laman web ini iaitu penggunaan saiz
text yang sesuai,penggunaan gabungan warna yang baik iaitu dengan
memilih tema warna sebahagian biru muda dan sebahagian lagi warna putih
untuk dijadikan sebagai warna background.Pemilihan warna sebegini
penting dan bagus untuk paparan kepada pengguna kerana ia tidak
memberikan kesan atau konflik kepada pengguna contohnya seperti tidak
menyakitkan atau menyukarkan pandangan mata pengguna untuk melihat
paparan web site ini.

Susun atur kandungan dalam web ini juga agak baik kerana tulisan-
tulisan text link yang mengandungi informasi-informasi berkaitan
dengan universiti ini yang berada pada laman yang lain diletakkan
disebelah kiri manakala event-event atau makluman yang baru diletakkan
di bahagian kiri.Oleh itu,fokus pengguna dapat dibahagikan dengan tepat.

Kandungan laman web ini juga bagus kerana ia turut memberitahu kepada
pengguna alamat lengkap universiti ini untuk pengetahuan dan kegunaan
kepada pengguna dan turut memaklumkan alamat email pembangun laman web
ini sebagai rujukan ataupun talian kepada pengguna untuk memberitahu
feedback atan pertanyaan kepada pembangun web site ini.

Universiti Teknologi Mara


This is the web site for UiTM.FOr further information,go to this Url web site(www.uitm.edu.my)


Untuk laman web UITM ini pula,secara overall boleh dikatakan agak
menarik juga.Aplikasi-aplikasi yang mengaitkan hubungan antara manusia
dan komputer tetap diterapkan.Antaranya ialah dari segi penyusunan
kandungan maklumat yang terdapat dalam laman web ini,maklumat-maklumat
penting yang berkaitan dibahagikan dalam bentuk kumpulan yang bersesuaian.
Walaupun kandungan maklumat yang ada dalam laman web itu kelihatan agak
banyak dan mungkin menyukarkan pengguna untuk mencari maklumat yang
dikehendaki,namun ia sememangnya tidak dapat dielakkan kerana ia bersesuaian
dengan universiti ini yang merupakan universiti yang paling banyak mempunyai
cawangan di Malaysia.

Selain itu,dari sudut position(kedudukan) atau susunatur kandungan
maklumat yang ada didalam laman web ini,ia juga disusun dengan baik dengan
meletakkan maklumat berkaitan universiti di bahagian kiri manakala
untuk bahagian sebelah kanan pula diletakkan maklumat mengenai announcements,
event dan lain-lain yang berkenaan.Pada bahagian bawah halaman web site
ini pula,alamat lengkap universiti dengan nombor telefon disediakan
bagi panduan dan rujukan kepada pengunjung laman web ini.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


This is the web site for UIAM.FOr further information,go to this Url web site(http://www.iiu.edu.my/)


Secara keseluruhan,laman web ini menampilkan interfaces yang agak
menarik.Dalam pembinaan laman web ini,aplikasi-aplikasi yang mengaitkan
hubungan komunikasi antara manusia dan komputer tetap diterapkan.
Antara aplikasi-aplikasi yang diterapkan dalam web site ini ialah :

Pertama,dari segi persembahan(representation).Dari segi ini,penggunaan
text,grafik,kedudukan button,gabungan warna dan lain-lain aspek yang
dapat diambil kira.Dalam web site ini,tulisan text yang digunakan
adalah dalam bentuk yang standard.Kedudukan button untuk maklumat-
maklumat penting juga disusun dengan baik di bahagian atas untuk
memberi fokus kepada pengunjung.Warna yang digunakan pula adalah dari
gabungan warna putih untuk background,warna hitam untuk tulisan text
dan sedikit warna biru muda untuk background button dan paparan gambar.
Penggunaan grafik juga turut diterapkan walaupun sedikit didalam laman
web ini.

Selain itu,penggunaan konsep link affordance in web site juga turut
diaplikasikan dalam web site ini.Disini,penggunaan text links yang
menggunakan kaedah "mouse-overs"ditulisan text tersebut yang digunakan.
Dalam erti kata yang mudah,apabila seseorang pengguna menggerakkan
ke arah sesuatu text dalam web site itu,dan mouse itu bertukar bentuk
kepada bentuk simbol tangan,ia bermaksud tulisan itu boleh di klik
untuk pergi ke laman yang lain.

Universiti Darul Iman Malaysia



This is the web site for UDM.For the further information,go to this Url web site(http://www.udm.edu.my/)..


Secara keseluruhan,laman web ini boleh dikatakan agak simple.Namun
begitu,penggunaan konsep interaksi antara manusia dan komputer(human
computer interaction) tetap diaplikasikan dalam pembinaan ataupun
reka bentuk laman web ini.Antara konsep yang telah diaplikasikan dalam
pembangunan laman web ini ialah:

Pertama,dari segi kobolehgunaan(usability).Dari sudut ini,laman web ini
boleh dikira usable kerana laman web ini berkesan untuk digunakan
(effective),cekap dan juga mudah untuk dipelajari atau digunakan oleh
pengunjung.Pengunjung juga mungkin akan berasa agak selesa semasa
melayari laman web ini disebabkan ia sangat mudah untuk digunakan.

Perkara kedua,dari segi tanggapan awal(perception).Dari sudut ini,
tanggapan awal daripada pengungung yang diambil kira,iaitu samaada
laman web ini mudah digunakan atau tidak.Untuk laman web ini,perception
dari pengunjung mungkin akan mengatakan ia agak mudah digunakan kerana
ia memenuhi prinsip Gestalt Laws mengikut teori contructivist iaitu
maklumat-maklumat dalam laman web ini dibahagikan dalam bentuk kumpulan
(grouping) untuk memudahkan pengguna.Selain itu juga,ia memenuhi syarat
kemampuan(affordances)mengikut teori ecologikal contohnya penggunaan
scroll bars untuk scroll web site tersebut.

Perkara ketiga,dari segi persembahan(representation).Dari sudut ini
pula,pengunaan saiz text,interposition,kecerahan,pengunaan grafik dan
lain-lain diambil kira.Laman web ini menggunakan saiz text yang sesuai
untuk penglihatan pengguna.Kedudukan susun atur kandungan maklumat
juga agak baik.Tetapi,dari segi penggunaan grafik,laman web ini tidak
menggunakan langsung.Jadi,ia menyebabkan penampilan web site ini
menjadi kaku dan tidak menarik perhatian pengguna.

Perkara keempat,dari segi penggunaan warna(colour usage).Dari sudut
ini,laman web ini boleh dikatakan tidak menggunakan konsep warna yang
bagus untuk menarik perhatian pengguna web site ini.Ia sekadar
menggunakan warna putih sepenuhnya sebagai warna background dan sedikit
kombinasi warna hitam,merah dan biru untuk tulisan text.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...