UlTiMaTe PeRsoN
this site the web

== Leave Ur Hot Links 4 Me ==

== Penginapan di Hotel Unik ==

Jules Undersea Lodge, Amerika Syarikat

Bermalam di hotel 'bersama' beribu-ribu jenis ikan dan hidupan laut lain sudah tentu memberikan pengalaman yang menakjubkan. Semua ini dapat dirasai jika menginap di hotel dasar laut, Jules Undersea Lodge di Florida. Ia mempunyai pemandangan yang amat menakjubkan,cuma jangan sesekali cuba untuk membuka tingkap di bilik berkenaan.



Hotel Ice,Quebec

Setiap tahun, 225 kilogram ais dan 6800 kilogram salji digunakan untuk mencipta Hotel Air Batu di Quebec, Kanada. Hotel tersebut mempunyai 34 bilik dipenuhi ais dan pengunjung yang berpeluang menginap di sana bakal menikmati keindahan taman khayalan yang lain daripada yang lain dan pastinya pengalaman tersebut bukan berlaku setiap hari.



Dog Bark Park Inn, Amerika Syarikat

Berada di dalam 'tubuh seekor anjing' sudah tentu bakal memberikan pengalaman yang menarik lebih2 lagi bagi mereka yang menyukai haiwan ini. Mungkin bunyinya agak keterlaluan tetapi itulah hakikatnya jika sesiapa berpeluang ke Dog Bark Park Inn di Idaho, Amerika Syarikat. Ianya dibina dengan bentuk seperti anjing.



Wagon Stays, New Zealand

Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman seperti seorang koboi bolehlah menimba pengalaman tersebut di hotel ini. Apa yang menariknya mengenai hotel ini ialah para pengunjung akan tidur di bilik yang diperbuat daripada sebuah gerabak (wagon) kereta kuda yang ditukarkan kepada bilik2 hotel yg lengkap dgn segala kelengkapan.



Resort Starwood

Resort Starwood, di Sepanyol direka oleh seorang arkitek berbakat, Frank Gehry. Starwood Resort merupakan salah satu hotel yag paling unik di dunia dgn reka bntuk bngunan yg mnakjubkan. Dari pmandangan luar, ia kelihatan sperti beralun.



White Cliffs, Australia

White Cliffs juga mrupakan antara hotel yg unik kerana bilik2 di hotel brkenaan diperbuat dripada sebuah gua yg diukir dripada sebuah cerun.





1 comments:

wanie m'nJ said...

mewah gila!!!!!!!!!!!!aduh,klu dpt dok kat situ,rasa heaven lah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...