UlTiMaTe PeRsoN
this site the web

== Leave Ur Hot Links 4 Me ==

== Menuntut ilmu ==

Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Sebenarnya banyak ayat Al-Quran dan As-Sunnah yang memerintahkan kita agar menuntut ilmu dan menerangkan kelebihan-kelebihan menuntut ilmu.




Sabda Rasulullah S.A.W "Sesungguhnya sesuatu bab daripada ilmu yang dipelajari oleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada ilmu dunia dan apa yang ada di dalamnya".

Jika seseorang itu ikhlas dan berniat kerana Allah semasa menuntut ilmu, InsyaAllah akan dianggap sebagai ibadah dan kita akan memperolehi rahmat dan berkatNya.
Sabda Rasulullah S.A.W, "Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para Nabi."



Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu ialah :

> Golongan yang suka bertanya akan sesuatu ilmu

> Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain.

> Golongan yang mendengar orang mengajar ilmu

> Golongan orang suka dan kasih akan majlis ilmu.

p/s : semoga kita dapat memperbetulkan niat kita semasa menuntut ilmu semata-mata kerana Allah dan termasuk dalam golongan orang yang memperolehi pahala semasa menuntut ilmu.


1 comments:

Jeszyuu said...

semoge kita tidak termasuk dalam golongan yang merugikan diri sendiri :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...