UlTiMaTe PeRsoN
this site the web

== Leave Ur Hot Links 4 Me ==

Universiti Malaya


This is the web site for UM.FOr further information,go to this Url web site(www.um.edu.my)


Pada sudut pandangan umum iaitu secara keseluruhan,laman web UM ini
dilihat sebagai sebuah laman web yang agak simple tetapi padat dan
bagus dari segi kandungan dalam web sitenya.Dalam laman web ini,ciri-
ciri dan konsep-konsep yang berkaitan dengan pembinaan atau pembangunan
sebuah laman web yang baik tetap ditonjolkan.Antaranya ialah dari segi
persembahan ataupun representation iaitu yang merangkumi pelbagai aspek
seperti penggunaan text,interposition,kecerahan,pengunaan grafik dan
lain-lain lagi.Jadi,dalam web site ini,penggunaan saiz text adalah
sesuai iaitu dengan menggunakan saiz text yang besar untuk tulisan
maklumat yang lebih penting dan saiz text yang lebih kecil untuk
tulisan maklumat yang kurang penting.

Selain itu juga,kedudukan atau interposition untuk button dan isi
kandungan yang lain juga diletak dan di susun dengan agak baik.
Contohnya tulisan link yang penting seperti tulisan home,postgraduates
dan lain-lain diletakkan dibahagian atas sepadan dengan fokus
pandangan pengguna,kandungan event yang terbaru pula diletakkan
disebelah kiri,manakala lain-lain info maklumat dan link diletakkan
di bahagian bawah.

Laman web ini juga turut menyediakan alamat lengkap universiti ini dan
nombor talian universiti serta dengan nombor fax.Alamat email pembangun
web site ini juga turut dinyatakan bagi memudahkan pengguna memberi
maklum balas atau untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan
universiti ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...